Biodata Nisah Haron

Sunday, September 27, 2009

Maklumat Am

Nama : Nisah binti Haron

Nama Pena : Nisah Haron / Nisah Haji Haron

E-mel : nisah.haron@gmail.com

Asal : Seremban, Negeri Sembilan

Pekerjaan : Penulis Sepenuh Masa (Kini)
Peguam (1998 - 2006)

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Pingat : Dikurniakan Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC) oleh DYMM Yang Dipertuan Besar NS sempena Hari Keputeraan ke-84 pada 19 Julai 2006)

Pendidikan :

  • SRK Dato’ Klana Ma’amor, Seremban (1980-1985)
  • SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (1986 – 1990)
  • Matrikulasi Undang-undang UKM (1991-1993)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang, UKM, Bangi, Selangor. (1993 – 1997)
  • Diploma in Syariah Law and Practice (DSLP) IIUM (2005)
  • Sarjana Undang-undang, UKM, Bangi, Selangor (2006)

Anugerah Penulisan :

  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991 : Atlantis, Duniaku Duniamu
  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1992 : Annyss Sophilea
  • Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 : Anugerah Amariss
  • Pertandingan Cerpen Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang–YTL – Berita Harian 1996 (Hadiah Kedua – tiada pemenang hadiah pertama) : Selagi Lading Masih Di Tangan
  • Hadiah Utusan-Public Bank 1996 (Hadiah Utama) : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
  • Sayembara Cerpen Esso-Gapena Ke-10 (Hadiah Pertama) : Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 : Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 (Hadiah Utama) : Impian Tsu-Ryi (Kategori Cerpen)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2003 (Hadiah Kedua Novel Remaja) Mencari Locus Standi
  • Cerpen Annyss Sophilea, terpilih untuk bacaan wajib teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
  • Anugerah Penulis Remaja Negeri Sembilan 2004
  • Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 –
    • kategori cerpen (Persidangan Agung Wanita Klasik);
    • kategori esei (Memahami Hak Cipta Sastera);
    • kategori esei (Potensi Kedudukan Wanita Dalam Karya Sastera); dan
    • kategori novel (Mencari Locus Standi)
  • Anugerah Buku Bitara MBBY - kategori penulis (Hadiah Kedua) Farris Putera Yang Hilang
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 : Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari (Kategori Rencana Sastera)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 : Pusaka Cendana (Hadiah penghargaan kategori cerpen remaja)
  • Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007–
    • kategori cerpen (Saksi Delima Sakti);
    • kategori cerpen (Pusaka Cendana);
    • kategori puisi (Ini Suara Wanita);
    • kategori puisi (Jika Benar Kau Harus Melangkah);
    • kategori esei (Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari);
    • kategori novel kanak-kanak : (Farris Putera Yang Hilang)
    • kategori kumpulan cerpen dewasa : (Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2007 (Hadiah Kedua Novel Remaja) Tawarikh Cinta
  • Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12 (Tempat Pertama - Cerpen) Aset Istiqamah

Kumpulan Cerpen Persendirian

  • Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora; 1998)
  • Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa; 2002)
  • Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu; 2006)

Novel :
  • Mencari Locus Standi (Utusan Publications; 2004)
  • Farris Putera Yang Hilang (MEP Education Consult, 2005)
  • Puisi Untuk Esdyzuar (Al-Ameen Serve, 2007)
  • Tawarikh Cinta (Utusan Publications; 2008)
  • Lentera Mustika (PTS Litera Utama, 2009)

Novel Bersiri
:
  • Puisi Untuk Esdyzuar (Tunas Cipta - DBP) 2004 - 2006
  • Lentera Mustika (ANIQAH - mmp) mulai 2006 - 2009
  • Gapura Purnama (Novel bersiri : WANITA - Utusan Karya) 2007 - 2009

Karya kreatif terkini : Lemang Nan Sebatang (Cerpen, Berita Harian, 26 September 2009)


Bukan Fiksyen :

  • Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta (Al-Ameen Serve, 2007)

Untuk senarai penuh karya nisah, sila layari laman web www.senaraikaryanisah.blogspot.com

Aktiviti Sastera :


  • Menyertai Minggu Penulis Remaja 1993
  • Mewakili Malaysia ke Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Esei, di Palembang pada 1 – 9 Ogos 2004
  • Perantara Rancangan GAPURA UJANA, Radio Malaysia Negeri Sembilan mulai Disember 2002-2003
  • Perantara Rancangan KURIK KUNDI MERAH SAGA, Negeri FM April 2005
  • Mengendalikan bengkel penulisan dan ceramah-ceramah sastera dan penulisan kreatif
  • Ketua Fasilitator, Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (2004-2005)
  • Penyelaras Negeri (Negeri Sembilan), Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (mulai Februari 2006)
  • Tetamu "Motivasi Pagi" Terengganu FM mulai Februari 2006 - Disember 2008
  • Tetamu "Motivasi Pagi" Pahang FM mulai Januari 2007 hingga kini
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2002-2005,2008)
  • Setiausaha Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2006-2007)
  • Membentangkan kertas kerja tentang puisi tradisional dalam hak cipta di Shanghai, China (Mei 2006)
  • Pembimbing Minggu Penulis Remaja (DBP) 2006 - Genre novel/cerpen
  • Fasilitator Minggu Penulis Remaja (DBP) 2007


  • Pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif untuk Pengetua-Pengetua Negeri Sembilan 2008




  • Pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif untuk Pensyarah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) Kuala Lumpur 2008




  • Penceramah Utusan Sukma – Sepagi Bersastera 22, 23 & 25 Jun 2009 kerjasama Kumpulan Utusan, PEN & JPNS


  • Aktivis Sastera dan Bahasa Melayu
  • Aktivis Hak Cipta

Lain-lain :

  • Diterima masuk ke Malaysian Bar mulai 23 Ogos 1998.
  • Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan mulai tahun 2001 – 2003
  • Pernah bertugas di firma guaman Nor Affiza & Co. selama 3 tahun sebelum membuka firma guaman sendiri Nisah Haron & Co. pada 2001 sehingga 2006
  • Mendapat tauliah peguam syarie di Negeri Sembilan sejak tahun 1997 sehingga 2006
  • Menjadi penulis sepenuh masa sejak 2006
  • Penasihat Ujana Ilmu Enterprise (www.ujanailmu.com.my)
  • Banyak menulis artikel undang-undang untuk Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan makalah untuk Jurnal KANUN, Pemikir.
  • Dilantik sebagai penasihat undang-undang Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) sejak September 2008 – April 2009

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.annyss.blogspot.com

Untuk senarai penuh karya nisah, sila layari laman web www.senaraikaryanisah.blogspot.com

Kemaskini pada : September 2009
.
.

Blog Archive